Monday, July 13, 2009

SABAH trip..











Salam.. lama gile tak tambah benda kat blog ni. pada bulan 6 yang lepas kitorang ke sabah. gi rumah mertua ku di keningau.. best tuh.. adik ipar aku yang baru 6 bulan dok sana pun surprisingly dah buleh cakap sabah. hari pertama kami ke pasar tamu. mcam2 benda pelik ada kat sana. termasuklah anak ikan lampam yang diorang jual bukan untuk bela tapi untuk makan, kepala babi (ops khinzir) dan tembakau yang dijual macam sayur kat sana. then kitorang ke taman pertanian. kat sini bapa mertua ku ada bawa kami makan mi payau..












ha.. tau ke apa tu mi payau.. kat sana payau tu maknanya rusa. hehhehe. memang diorang suka makan apa pun kat sana dengan cili cuka.. best juga aku makan. dari kota kinabalu kami ke keningau, then second day ke tenom, then gi poring, tawau dan ke kota kinabalu semula untuk balik. memang pengalaman berjlan yang best..





as for aliesha, she wants to touch everything that her father holds. baru nak belajar pegang.. and she have for the first time meniarap di sabah.. hehehhe.. have fun














Monday, June 15, 2009

KE TERENGGANU KITER..

LAMA GILER AKU TAK UPDATE BLOG… NI LAH BARU NK UPDATE..

on 5-6th of June hari tu aku gi terengganu dengan kawan hubby aku.. erul dan isterinya. Memang tak de apa pun, Cuma gi rumah kawan diorang kawin. Kawan yang aku pun tak berapa kenal. Tapi mungkin ‘rapat’ benar dengan diorang ni.. hehhe.. (aku dengan syidah pun confius)

Tapi as usual for us yang perempuan ni.. heheh best giler lah coz ingat dapat lah shopping gler2.. tapi rupanya masa dah suntuk sangat.. coz lama atas jalan. Start shopping dah pukul 5.30… aduh.. tapi dapat juga lah aku sebat 2-3 pasang kain sutera batik untuk baju kurung.. syidah pun lebih kurang aku. Tapi serius utk orang yang jarang membeli kain ni tak reti sungguh membeli kain. Nasib baik ada adik syidah ni.. dia belajar tekstil dulu kat uitm, so supposed mmg meletups lah dengan bab2 kain ni.

Sepanjang nak beli kain tu, aku telah di motivasikan oleh makcik dan pakcik aku di terengganu tentang clearence stock NOR Arfa’s Batik. Apa lagi.. shoping ..tapi dalam gambar2 ni tak delah pulak gambar kami dengan shopping2 beg tu.. heheh..

Echa sampai dah buang air besar tapi mama dia memang tak ingat dunia window shopping. Lepas tu kami terus ke pasar payang.. sebab nk menebus kekecewaan tak dapat berkilo kain di norarfa batik tu.. malangnya kami kecewa sekali lagi biler.. kedai yang buka Cuma 4-5 kedai jer.. heheh.. harga memang best tapi rupanya (bak kata syidah) kualiti kainnya mEMANG tak sama dengan nor arfa’s batik tu.. dapat lah juga aku sehelai kain dengan satu baju batik (utk mak aku). Giler kena pandai tawar kat situ. Lagi pula kalau kalian buleeeh menawar macam mak cik2 dan buat stunt ala2 nak terbang kedai lain musti diorang kasi harga kesian punya.. hahahah..

Berangkat balik ke kuala Lumpur pada malam itu juga kerana mengejarkan suami ku bekerja pada pagi itu.. (hampa harapan nk shopping lagi .. ) hihihi..

Tuesday, June 9, 2009

MY AND OUR GRADUATION DAY






Apa yang paling menggembirakan kadangkala bukanlah datang dari senyuman dan ketawa sentiasa.. Hadiah yang paling manis datang selalunya bila kita menghargai kemanisan yang lahir dari apa yang pahit dan derita. Disitu datangnya HARGA yang paling bernilai.

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Sumber Manusia memang lain kemanisannya berbanding dengan Diploma Pengurusan Perniagaan ku dulu. Jerit perih sepanjang mengejar ilmu yang ini, mengajarku segalanya tentang kesabaran, keadilan, ketabahan, kepayahan, ketawa, sedih dan pengorbanan. Segalanya yang ditaruhkan adalah sememangnya 1000 kali lebih tinggi pengorbannya dari DIPLOMA. (aku rasa tang ni memang ramai budak PLK setuju). Balik kerja terus mengejar masuk kelas, buat assignment dengan persiapan nak kahwin dan bertunang, ganti kelas saat orang semua tengah berdating bagai kat tepi tasik kitorang kat tepi PTAR lagi menadah muka kat library dan buat SPSS untuk projek paper dengan mabuk mabuk mengandungkan Aliesha,.. huhu.. semuanya memang pengalaman paling berharga.

Kepada ayah ibu yang banyak berkorban dan menyokong yong untuk sambung belajar ni, sejuta ucapan terima kasih pun tak mampu membayar segalanya. Kesusahan hidup kita sekeluarga, tidak mungkin menghalang yong membuktikan kepada adik-adik tiada apa di dalam DUNIA ini yang tak mampu seorang capai. Ijazah ini sahaja tidak mampu membayar segala jerit perih ayah ibu membesarkan insan hina ini.. tapi terima lah ia sebagai tanda kasih sayang tidak bertepi yong buat ayah ibu..

Kepada suami dan anak tercinta yang banyak bersama saat suka dan juga duka tiada apa yang diri ini mampu ucapkan selain terima kasih diatas kasih sayang dan pengorbanan kalian..

Kepada kawan-kawan dan sahabat yang bersama-sama berhempas pulas sepanjang di UiTM ini TERIMA KASIH wei.. tak de sorang pun boleh ganti korang dalam ingatan aku. Khai, Ashraf, Erna, Kak Salwa, Fatimi, Halem, Tega, Prof Fadzilah, Dr Rushdi dan semua yang membantu diri ini mencapai cita-cita. TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH sangat.. sangat. Semoga kita beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, juga menggunakan segala yang kita peroleh ini untuk agama, bangsa.

Janji berlipat jelujur panjang
Bertaut sebelah perigi cina
Ijazah buat Ibu Ayah dan Abang
buat Adik2 dan Aliesha..
____________________________________________________________________
__________________________________________________________________

this is me with sister in law siti, mus, baby addin and hubby bam bam..
















jumpa tim masa lunch kat hotel thari tu.. best di apeluk echa.. hehhe..

Wednesday, May 20, 2009

Surprise weekend with shida







Ni yang dah terlepas sepanjang minggu lepas.. hari yang indah tu kami (aku, en Atho a.k.a suami aku, echa dan erul) pun berangkat ke penang. Dalam keheningan malam kami meredah dan tiba ke destinasi lebih kurang jam 4 pagi. Tersengguk2 kami naik banglo 4 tingkat shida ni. Terkejut giler dia kuar umah tengok kami berempat tercongok kat depan umah. Tragic…

Sepanjang tiga hari kami duk kat sana, sempat pi makan mi udang kat sg dua.. pegggggghh memeeeeeng sedap mi udang ni. Siap boleh pilih udang lagi. Nak
yang BESAU nak yang kecik semua buleeeeeh.. first time aku nak makan mi je, boleh pilih udang. Bukan tu jer, udang2 tu hidup dan boleh merangkak ke sana kemari lagi.. seriau aku tengok udang cepit besar2 ni .. hahhha.. oleh kerana kePOPULARan tempat ni sampai kan kami terjumpa nassier Wahab kat sana.. dia makan mi udang dengan family dia sikit punya banyak..



Kami pi mkan charkuetiau dan jangan lupa makan nasi kandar LINE CLEAR.. bab makan charkietiau ni memang la best.. aku jer makan dua pinggan (jangan ler tak percaya kan.. ) korang boleh bayang lah encik atho dan erul makan berapa banyak kan? … hahha TAPI yang aku lebih nak cerita lebih lanjut ni adalah pasal bab nasi kandar LINE CLEAR ni .. aduh… nasi dia, lauk memang best, tapi yang buat tekak aku loya tu tang baju, kaunter, orang yang layan dengan yang paling penting tempat buang sampah dia. MAsya Allah memang haru aku tengok tempat dia bersiap untuk kedai ni. Dengan baju dengan kain pelikat yang diikat separuh, ala2 padiyappaaaaaaa tu.. hihihi.. kaunter dengan tempat dia potong sayur.. ya Allah.. tolonglah. Jagalah sikit kebersihan, bukannya tak de duit nak buat tempat dan pakai baju elok2 sikit. Coz orang yang datang bukan sikit.. tapi berduyun, so bab duit nak renovate ni sepatutnya tak de masalah ler.. TOLAK bab kebersihan dan everything ni.. kalau restoran ni ada kat kl memang aku datang tiap2 minggu..

Berjalan2 lagi petang tu, kami jumpa pulak satu perhentian sebelah tol yang memang cantik.. ada pantai di perhentian ni lagi. Memang kalau tol ni buat perhentian ni jadi hotel or resort pun memang orang datang coz tempat ni memang cantik.. siap nampak komtar dan jambatan pulau pinang.. apalagaaaaaaaa kami pun tangkap gambar berpuluh2 kat sini.. en atho begitu suka melihat kan anak nya gembira first time tengok pantai.. huhuhu..

Sampai lah masa kami nak balik… dengan meninggalkan penang yang penuh keindahan dan kenangan.

Tuesday, May 19, 2009

benarkah wanita memerlukan lelaki ?!!




BENARKAH WANITA MEMERLUKAN LELAKI...!!! !!??????? ??i

wanita tidak semestinya memerlukan lelaki. tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan.. cinta itu anugerah..p/s the final quote -- beautiful... yet... touched....Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ?




Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kitabersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada -Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi,






tetapi dekat pelusuk hati ?






Untuk dimulia disayangi dan dicintai.Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik...


AMIN.. )

get prePared for thE gradUation day..

Konvokesyen … tanda dan hadiah setelah selama 3 tahun lebih aku bertungkus lumus bersama jerit perih yang hanya student2 plk je yg tahu…. Tarikh aku kena gi ambil jubah dan raptai is on 23rd May 2009 ni. Convocation is on 27th May 2009…(Bos.. ambil cuti ye..hehehhe )

So, tunggulah latest post aku about raptai and convocation nanti ye.. ENjOY …

Monday, May 18, 2009

kursus YG x berapa kurus



















tanggal 11-14 mei walau di hadang keSIBUKAN nak audit 18-20 mei ni. aku dihambat oleh en fidi utk ke kursus jati diri organisasi kat de rhu kuantan. best 'GILWER' kursus ni.. coz ala2 holiday dan berkawad.. huuh.. siap ada abg tentera lagi. (yang rajin usha orang lain ye.. bukan aku)
tapi bab makan mmg meletupss.. kitorang siap ada hati nak tapau.. tapi dihalang oleh rasa MALU yang menebal. hahhah.. tapi personally, aku mmg tak suggest tempat ni untuk holiday sajer2, selain berkursus. coz tempat dia macam tak berapa nak selesa dan berjaga. perabut ada yang usang dan berhabuk. hari pertama tu siap aku complaint kat bawah minta diorang check takut ada buaya dalam bilik aku tu.. (hhii.. kesian aku dan Andre nak tidur pun rasa badan ada kena gigit sana sini.. pepijat kot).
roomate aku memang best giler.. sempoi dan baik hati. solute dengan sporting dan disiplin dia. bayangkan dah lah dia chinese.. dia yang ingat kan aku tazkirah subuh, zohor, asar (kalau ada) dan maghrib. hahhahah.. (thank you ann, you're the best)








hari pertama je aku dah sedih giler coz aliesha menangis tak berhenti malam tu. (thanks to mr Athaillah coz tolong jaga kan dia... thank you abang ) memang rindu giler kat dia .. dahlah baru 3 bulan aku ada anak, tetiba kena tinggalkand ah. fuh... memang tak tahan. dah lah tu, charger aku pula rosak, nasib baik ada thana.. (tq thana) kat bilik dia lah aku menumpang charge hp sambil menelefon suami aku. and esok nya .. aku mula demam dan selsema.
hari kedua start dah raging dan ketiga dah mula satu hari aku dah jadi macam sotong basah dan jadi sotong kering... korang tengoklah gambar2 ni ye.. pada hari keempat tu, aku tak tahu lah kenapa dengan penghulu dan penghuluwati kitorang. Aku yg giler2 dan bengong ni disuruhnya jadi pengerusi majlis untuk hari keempat dan penutup tu. entah apa lah yang jadi.. tapi overall ok kot sampai en fidi kata next time nak suruh aku pula yang jadi pengerusi majlis. aku kata buleeeeeh.. aku jadi pengerusi majlis hari jadi yee... (sorry ye en fidi.. )















Dan akhirnya kami pun balik.. (yes..!! pulang kepangkuan anak dan suami ku.. ) ini aku sediakan gambar2 untuk korang tengok sepanjang aku kat sana.. hahhaha.. ENJOY/..