UPDATE.. on 5-6th of June hari tu aku gi terengganu dengan kawan hubby aku.. erul dan isterinya. Memang tak de apa pun, Cuma gi rumah kawan diorang kawin. Kawan yang aku pun tak berapa kenal. Tapi mungkin ‘rapat’ benar dengan diorang ni.. hehhe.. (aku dengan syidah pun confius)
Tapi as usual for us yang perempuan ni.. heheh best giler lah coz ingat dapat lah shopping gler2.. tapi rupanya masa dah suntuk sangat.. coz lama atas jalan. Start shopping dah pukul 5.30… aduh.. tapi dapat juga lah aku sebat 2-3 pasang kain sutera batik untuk baju kurung.. syidah pun lebih kurang aku. Tapi serius utk orang yang jarang membeli kain ni tak reti sungguh membeli kain. Nasib baik ada adik syidah ni.. dia belajar tekstil dulu kat uitm, so supposed mmg meletups lah dengan bab2 kain ni.
Sepanjang nak beli kain tu, aku telah di motivasikan oleh makcik dan pakcik aku di terengganu tentang clearence stock NOR Arfa’s Batik. Apa lagi.. shoping ..tapi dalam gambar2 ni tak delah pulak gambar kami dengan shopping2 beg tu.. heheh..
Echa sampai dah buang air besar tapi mama dia memang tak ingat dunia window shopping. Lepas tu kami terus ke pasar payang.. sebab nk menebus kekecewaan tak dapat berkilo kain di norarfa batik tu.. malangnya kami kecewa sekali lagi biler.. kedai yang buka Cuma 4-5 kedai jer.. heheh.. harga memang best tapi rupanya (bak kata syidah) kualiti kainnya mEMANG tak sama dengan nor arfa’s batik tu.. dapat lah juga aku sehelai kain dengan satu baju batik (utk mak aku). Giler kena pandai tawar kat situ. Lagi pula kalau kalian buleeeh menawar macam mak cik2 dan buat stunt ala2 nak terbang kedai lain musti diorang kasi harga kesian punya.. hahahah..Berangkat balik ke kuala Lumpur pada malam itu juga kerana mengejarkan suami ku bekerja pada pagi itu.. (hampa harapan nk shopping lagi .. ) hihihi..










