Monday, May 18, 2009

i'm a mother NOW..


Kini aku telah bergelar mama kepada seorang insan comel dan indah setelah 9 bulan mengandungkannya kini dia berada dalam dakapan ku..satu perasaan yang tak dapat ku gambarkan sepanjang berada di wad bersalin. Doktor dan jururawat di wad bersalin yang comel dan baikhati.. JUTAAN terima kasih di atas segala jasa dan semangat yang diberi sepanjang ‘PESTA’.

Seminggu sebelum tarikh due aku on 24th Jan 2009 tu, aku memang berjalan sakan. Sampailah ke hari sebelum aku melahirkan tu, sempat lagi kami ke sunway pyramid. Bayangkan lah dari cheras gi sunway pyramid tu. Gigih sungguh… suami tercinta aku membawa aku berjalan-jalan, sempat lah aku rembat cadar 2, 3 helai. Heheh..

Pagi yang berbahagia itu… masih tiada apa2 tanda dan sakit lagi… dan suami ku apa lagi.. oleh kerana dia kerja pagi tu.. dia pun mengajak aku gi ofis sekali. Tak sampai hati katanya nak tinggalkan aku di rumah. Selangkah aku menjejakkan kaki ke luar pintu rumah, TUSSSSSS… basah kain jubah ku.. Dengan muka selamberrrrrr.. aku sempat lagi nak sarung selipar. Tapi ibu tegur.. apa kain kamu basah tu yong.. suami ku yang dah sampai kereta terus datang. Ooh… baru aku sedar rupanya itu lah air ketuban.. PANAS rasanya… Ibu dan ayah masih tenang dan berusaha nak temankan aku. Sekali tengok muka ibu, aku memang terus menangis.. ini lah saatnya aku bakal bergelar ibu, lepas minta ampun dan maaf dari ayah dan ibu atas segala kesalahan dan dosa aku sepanjang menjadi anak kami pun ..

Terus naik kereta… dengan perasaan yang bercampur2, nak sedih kerana tak tahu macamana nasib aku di wad bersalin nanti gembira kerana bakal melihat anak yang ditunggu-tunggu pun ada. Tapi yang sure.. rasa nak tergelak tengok suamiku panik. Bawak kereta pun dah tak tentu hala.. hahaha (sorry ye abang).

Sampai di wad bersalin, dr buat VE (vaginal examination). Katanya “Puan farah sudah buka 4cm ye, confirm bersalin hari ni”, aku terkejut. “Hari nijuga ke dr, saya ingat nak esok je..” gelak dr tu “ baby you dah nak kuar juga ini raya cina.. banyak ONG lah,”.

Selang setiap sejam dr datang dan check keadaan aku.. bersilih ganti dr datang nak pujuk untuk buat epidural. Aku tak nak. “Saya tak mau epidural dr. Kalau boleh saya nak rasa sendiri sakit beranak ni..the feelings and pain of my mother when giving me birth.. though its just 5 percents from what she suffers..”. dr si lay tersenyum.. “ok then..we’ll try our best ”. setiap jam yang berlalu dari jam 12 tengah hari, Hanya Allah sahaja yang mengetahui.. mesin CTG kat sebelah aku tu dah macam nak tercabut bunyinya.. bukan dengan bunyi contraction tapi berdenting dek kerana heartbeat baby yang laju. Dan Setiap kali nurse datang.. aku mesti kata.. “akak saya rasa saya nak buang air besar lah.. boleh tak saya pergi tandas kejap.”. akak nurse yang baik tu berkata dengan lembutnya “Itu bukan sakit nak buang air puan, itu tandanya nak bersalin.. dengar heartbeat baby anak puan ni.. dia memang tak sabar nak keluar jumpa ibu nya ni..”.. mendengar kata-kata akak nurse membuatku kembali tenang, walaupun sakit semakin kuat dan kerap.

Tepat jam 4 petang, aku minta akak nurse tu tolong tengok kan dah buka berapa coz sakitnya adddddddddduhhhh.. sakit bangat.. akak nurse tu tengok je, terus suruh aku baring tinggi sikit (dia naikkan bed lah). Tetiba dia kuar sambil kata .. “Dah buka 9cm puan, saya pergi panggil dr dulu,” masa tu Ya Allah, bermula lah pesta antara , dr , nurse dan anak KU..

Dek kerana aku tak mempunyai tenaga untuk melahirkan anak ku.. (tak makan apa selain kurma pagi tu) aku terpaksa membuka mulut pada tenaga ku yang terakhir .. “Dr si lay, this is my last energy.. I don’t have anymore,” . then dr pandang nurse sambil berkata “She will not go to Caesar, her baby is very active.. lets use vacuum..”. dalam kesamaran dek tak de tenaga.. aku ternampak dr mengGunting lagi (Tessss!!!!) dan plug in vacuum… dr si lay terus kata “ ok farah, lets do this together, u push I’ll help you..” itulah dia push terakhir aku pada jam 4.30 petang yang akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat (alhamdulillah.). semasa dr meletakkannya di atas dadaku, dr Tanya “puan see what baby do you get…”, aku kata “girl..”

Sebak dadaku melihatkannya.. terasa betapa banyaknya dosa ku pada ibu.. tak terbanding pengorbanan kesakitannya melahirkan aku… ibu.. maafkan yong atas segalanya.. (

Nur Fathiah Aliesha.. itu nama yang diberi ku dan suami ku.. mirip rupa bapanya.. mungkin kerana sepanjang mengandung aku suka merenung muka suamiku saat dia tidur.. terasa tenang.. (tu yang kau buat.. ).

Keluar dari labor ward, melihat suamiku aku dah mula menguntum senyum.. memang sakit dan berat untuk ke simpul senyum untuk dirinya.. tetapi tak nak dia merasa terlalu risau .. aku keluar dengan tangan ku depa dan terus memeluk suamiku, ibu ku.. Alhamdulillah segalanya selesai.. tak terbayang betapa gembiranya wajah suamiku, ibu dan ayah saat menatap wajah aliesha..

Nur Fathiah Aliesha .. moga dirimu menjadi Cahaya Pembukaan Kemenangan Yang Dilindungi Allah sayang.. Mama dan Papa sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mu dunia akhirat.. Tegas dalam kelembutan, berprinsip dalam kehidupan, Bermaruah bersama Agama Allah, Berlandaskan sunnah dan Al Quran, Berjaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, keluarga dan Negara.. moga dirimu menjadi muslimah yang disegani dan dihormati. Sabar dengan ujian Allah, kerana segalanya sayang… adalah tanda Dia menyayangi dan melindungimu….AMIN…

And Happy Mother’s Day to IBU, UMI and all mothers in the world.. may Allah bless us..
Thank you for your LOVE ibu… Its precious and made me what I am today..

1 comment:

Anonymous said...

so lovely..different part of u....i guess..ye la kalo depan aku loyar buruk je